Skip to content

Terma & Syarat

Dengan menyertai Peraduan Impian Ribuan Massimo (“Peraduan”), anda (“Peserta”) mengakui telah membaca dan bersetuju untuk menerima Terma dan Syarat tersenarai seperti berikut:-

 

  1. Peraduan Impian Ribuan Massimo terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas pada 26/7/2021 kecuali kakitangan The Italian Baker Sdn. Bhd. (“Penganjur”), syarikat gabungan, anak syarikat, agensi pengiklanan/perhubungan awam dan pembekal Penganjur, serta anggota keluarga terdekat masing-masing.

 

  1. Peraduan bermula dari 26/7/2021 dan berakhir pada 30/9/2021 (“Tempoh Peraduan”). Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan pada bila-bila masa dalam Tempoh Peraduan tanpa memberikan notis terlebih dahulu.

 

  1. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Penganjur tidak memberi hak kepada Peserta untuk membuat sebarang tuntutan atau menerima pampasan daripada Penganjur bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta sama ada secara langsung dan/atau tidak langsung yang timbul daripada atau berhubung dengan pembatalan, penamatan atau penggantungan Peraduan oleh Penganjur.

CARA-CARA PENYERTAAN

CARA-CARA PENYERTAAN

  1. Para Peserta mestilah membeli mana-mana produk Massimo dari mana-mana kedai yang turut serta dalam Tempoh Peraduan. Setiap lima (5) mata terkumpul melayakkan Peserta kepada satu (1) penyertaan Peraduan. Hanya label bercorak terkini dan lengkap bagi produk-produk yang tersenarai seperti berikut (“Bukti Pembelian”) akan Sila rujuk Jadual Bukti Pembelian yang ditunjukkan untuk butir-butir penyertaan.
Produk Yang Turut Serta
Mata
1 x Roti Massimo
2
2x Roti Krim Massimo (Favorito / Duetto
1
3 x Massimo Chiffon In A Cup/Diletto/Burrosa
2
  1. Setiap borang penyertaan hendaklah dilengkapkan dengan butiran peribadi, jawapan yang betul kepada soalan yang diberikan dan disertai dengan Bukti Pembelian yang mencukupi (“Penyertaan Layak”). Setiap satu (1) Penyertaan Layak akan diberi satu (1) nombor siri Peraduan.
  1. Setiap Peserta dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu (1) Setiap penyertaan boleh disertakan dengan lebih daripada satu (1) Bukti Pembelian. Setiap sampul surat boleh mengandungi lebih daripada satu (1) penyertaan. Salinan fotostat borang penyertaan dibenarkan/diterima.
  1. Hanya borang penyertaan yang lengkap yang dihantar melalui pos biasa ke alamat ditetapkan di bawah akan diterima:
    • Peraduan Impian Ribuan Massimo, P.O. Box 09109, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46805, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
  1. Borang penyertaan yang dihantar adalah di atas risiko dan perbelanjaan Peserta sendiri. Borang penyertaan yang diterima selepas 30/9/2021, 23.59 malam tidak akan dilayan. Borang penyertaan yang lengkap bersama Bukti Pembelian mesti dimasukkan ke dalam sampul surat dan dihantar melalui kiriman pos biasa ke alamat Peti Surat yang dinyatakan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kiriman pos yang tidak diterima disebabkan setem pos tidak mencukupi atau alamat tidak betul. Penyertaan yang diterima melalui penghantar surat, perkhidmatan kurier, POS Laju dan/atau sebarang cara penghantaran lain akan dibatalkan secara automatik. Bukti pos borang penyertaan tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan oleh Penganjur. Semua borang penyertaan termasuk Bukti Pembelian yang dikemukakan menjadi hak milik Penganjur dan tidak akan dikembalikan.
  1. Semua borang penyertaan yang dihantar tertakluk kepada prosedur dan pengesahan Penganjur. Penganjur berhak sepenuhnya untuk membatalkan secara automatik borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak boleh dibaca atau rosak, serta borang penyertaan yang lewat diterima (iaitu borang penyertaan yang diterima selepas 30/9/2021, 23.59 malam) atau borang penyertaan tanpa Bukti Pembelian yang dikehendaki.
  1. Penganjur, atas budi bicara mutlaknya, berhak untuk menolak, membatalkan atau menyingkirkan penyertaan tanpa perlu memberikan sebarang notis kepada mana-mana pihak. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan mereka sekiranya Peserta tidak mematuhi Terma dan Syarat Peraduan.

HADIAH-HADIAH PERADUAN

  1. Hadiah Utama x 1 pemenang: Wang tunai bernilai RM20,000.00.

  2. Hadiah Pertama x 1 pemenang: Massage Sofa bernilai RM7,988.00.

  3. Hadiah Kedua x 10 pemenang: Tablet bernilai RM1,000.00 setiap satu pemenang.

  4. Hadiah Ketiga x 15 pemenang: Jam tangan pintar bernilai RM500.00 setiap satu pemenang.

  5. Hadiah Mingguan x 50 pemenang x 8 Minggu Peraduan: Kad Touch N Go Edisi Terhad Massimo dengan kredit bernilai RM20.00 setiap satu pemenang.

  6. Peserta hanya boleh memenangi maksimum satu (1) Hadiah Utama, Hadiah Pertama, Hadiah Kedua atau Hadiah Ketiga dan satu (1) Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Peraduan ini.

  7. Semua hadiah mesti dituntut daripada Penganjur dalam masa dua (2) bulan dari tarikh hadiah diumumkan untuk kutipan. Hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.
  8. Peserta dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan diri semasa atau sebelum penuntutan hadiah sebagai pengesahan. Bentuk-bentuk bukti pengenalan diri yang diterima oleh pihak Penganjur adalah Kad Pengenalan Malaysia atau Lesen Memandu. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan Peserta/pemenang atas kegagalan dalam mengemukakan bukti pengenalan diri.

CARA PEMILIHAN PEMENANG

    1. Hadiah Utama x 1 dan Hadiah Pertama x 1:
      • Para pemenang Hadiah Utama dan Hadiah Pertama yang layak ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan dibahagikan dengan 2.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 25,001 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 2.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah, iaitu 10,000. Maka penyertaan layak ke-10,000 dan ke-20,000 akan disenarai pendekkan sebagai pemenang layak. Penyertaan pertama yang disenarai pendekkan (penyertaan ke-10,000) akan memenangi Hadiah Utama dan penyertaan kedua yang disenarai pendekkan (penyertaan ke-20,000) akan memenangi Hadiah Pertama. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang layak gantian, sebagai contoh: pemenang layak gantian untuk penyertaan layak ke-10,000 adalah penyertaan layak ke-9,999.

     

    1. Hadiah Kedua x 10:
      • Para pemenang Hadiah Kedua yang layak ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan dibahagikan dengan 10.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 25,001 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 10.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah, iaitu 2,381. Maka penyertaan layak ke-2,381, ke-4,762, ke-7,143 dan seterusnya akan disenarai pendekkan sebagai pemenang layak Hadiah Kedua. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang layak gantian, sebagai contoh: pemenang layak gantian untuk penyertaan layak ke-2,381 adalah penyertaan layak ke-2,380.

     

    1. Hadiah Ketiga x 15:
      • Para pemenang Hadiah Ketiga yang layak ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan dibahagikan dengan 15.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 25,001 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 15.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah, iaitu 1,612. Maka penyertaan layak ke-1,612, ke-3,224, ke-4,836 dan seterusnya akan disenarai pendekkan sebagai pemenang layak Hadiah Ketiga. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang layak gantian, sebagai contoh: pemenang layak gantian untuk penyertaan layak ke-1,612 adalah penyertaan layak ke-1,611.

     

    1. Hadiah Mingguan x 50 pemenang x 8 Minggu Peraduan:
      • Para pemenang Hadiah Mingguan yang layak ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Minggu Peraduan dan dibahagikan dengan 50.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 3,222 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 50.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah, iaitu 63. Maka penyertaan layak ke-63, ke-126, ke-189 dan seterusnya akan disenarai pendekkan sebagai pemenang layak Hadiah Mingguan untuk Minggu Peraduan tersebut. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang layak gantian, sebagai contoh: pemenang layak gantian untuk penyertaan layak ke-63 adalah penyertaan layak ke-62.

     

    1. Berikut adalah tempoh lapan (8) Minggu Peraduan:
      • Minggu Peraduan 1: 26/7/2021 – 8/8/2021;
      • Minggu Peraduan 2: 9/8/2021 – 15/8/2021;
      • Minggu Peraduan 3: 16/8/2021 – 22/8/2021;
      • Minggu Peraduan 4: 23/8/2021 – 29/8/2021;
      • Minggu Peraduan 5: 30/8/2021 – 5/9/2021;
      • Minggu Peraduan 6: 6/9/2021 – 12/9/2021;
      • Minggu Peraduan 7: 13/9/2021 – 19/9/2021;
      • Minggu Peraduan 8: 20/9/2021 – 30/9/2021.

     

    1. Sekiranya Peserta tidak memenangi Hadiah Mingguan untuk tempoh Minggu Peraduan yang tertentu, penyertaannya secara tidak langsung digugurkan dari pemilihan Hadiah Mingguan yang berikutnya.

PENGUMUMAN PEMENANG

  • Pemenang Hadiah Mingguan akan diumumkan pada setiap hari Jumaat dan pemenang Hadiah-hadiah Utama, Pertama, Kedua dan Ketiga akan diumumkan dalam masa tiga puluh (30) hari bekerja selepas tamat Tempoh Peraduan.
  • Tarikh Pengumuman boleh berubah, tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan factor lain yang tidak dapat dijangka yang boleh mempengaruhi acara tersebut.
  • Pengumuman akan dibuat di kedua-dua laman web Massimo massimo.com.my dan laman Facebook Massimo.

LIABILITI & TANGGUNGJAWAB

  1. dan/atau menyediakan hadiah. Penganjur berhak untuk menarik balik Hadiah mereka sekiranya Pemenang tidak mematuhi Terma dan Syarat Peraduan dan Terma dan Syarat Hadiah.

  2. Gambar Hadiah yang ditunjukkan pada borang penyertaan Peraduan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Hadiah sebenar mungkin berbeza. Hadiah tidak boleh dipindah milik dan tertakluk kepada Terma dan Syarat Hadiah yang akan disertakan dengan hadiah yang dinyatakan dalam surat pengakuan pemenang. Nilai hadiah adalah betul pada masa

  3. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan diwajibkan menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya Peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, pihak Penganjur berhak untuk memilih pemenang layak seterusnya. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya Peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab. Sekiranya Peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih Peserta seterusnya sebagai pemenang.

  4. Sekiranya pemenang dikehendaki menghadiri majlis penyampaian hadiah dan/atau mengambil bahagian dalam program publisiti (jika berkenaan), segala perbelanjaan untuk menghadiri majlis tersebut adalah atas tanggungan pemenang sendiri. Pihak Penganjur akan memberi notis sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum majlis tersebut. Kelayakan pemenang akan dibatalkan sekiranya gagal untuk menghadiri mana-mana majlis/program yang dianjurkan oleh pihak Penganjur.

  5. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan mana-mana individu tanpa memberikan sebarang bukti atau penjelasan kepada Peserta:- Mana-mana penyertaan yang disyaki bersindiket; Pemerolehan label (Bukti Pembelian) secara haram; Dan mana-mana penyertaan lain yang boleh dipertikaikan dan dipersoalkan oleh pihak Penganjur.

  6. Pihak Penganjur berhak menentukan cara penghantaran atau penebusan (yang mana berkenaan) hadiah pemenang. Semua proses penghantaran adalah berdasarkan butiran dalam borang penyertaan Peserta. Peserta bertanggungjawab atas pemberian alamat yang betul, sah dan lengkap. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang hadiah yang tidak diterima. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan dan/atau kehilangan hadiah semasa proses penghantaran serta penerimaan hadiah. Pemulangan hadiah oleh pemenang disebabkan oleh sebarang keadaan tidak akan dilayan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan, kehilangan, kerosakan, atau kecurian hadiah.

  7. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos lain, yuran dan/atau perbelanjaan yang berkaitan untuk menyertai Peraduan dan menuntut Hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

  8. Iklan Pengumuman Pemenang akan dipaparkan di laman web massimo.com.my.

NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

  1. Notis bertulis (“Notis”) ini bertujuan untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda diproses oleh atau bagi pihak The Italian Baker Sdn. Bhd. (“Kami”). Dengan mengemukakan borang Peraduan ini, anda dengan ini mengizinkan pemprosesan data peribadi anda oleh Kami dengan cara yang dinyatakan dalam Notis ini. Kami akan memproses data peribadi yang telah anda berikan kepada Kami seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor yang boleh di hubungi, alamat dan maklumat lain yang Kami perlukan daripada anda dalam borang Peraduan ini. Kami akan memproses data peribadi anda, termasuk sebarang maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kepada Kami, untuk tujuan mengendalikan Peraduan dan menghubungi anda (jika perlu).

  2. Data peribadi yang anda berikan kepada Kami boleh didedahkan kepada penyedia perkhidmatan Kami hanya untuk tujuan yang disebutkan di atas. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan data peribadi tersebut dikemas kini. Anda boleh mengakses dan membuat pembetulan data peribadi anda. Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan data peribadi boleh dibuat dengan menghantar e-mel ke peraduanmassimo2021@gmail.com.

LAIN-LAIN

  1. Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan Hadiah adalah muktamad. Surat-menyurat tidak akan dilayan.

  2. Peserta yang menyertai dan memenangi hadiah daripada Peraduan ini, secara automatik memberi kebenaran kepada Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar mereka digunakan untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang notis dan bayaran.

  3. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat ini dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad.

  4. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada Peserta.

  5. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana Hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa, tanpa memberikan sebarang notis. Hadiah yang dimenangi tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.